CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Random Musings

Powered by Stuff-a-Blog
Showing posts with label wedding budget. Show all posts
Showing posts with label wedding budget. Show all posts

Monday, March 23, 2009

Nilai 3 Vs Ayer Hitam

Cuti-cuti malaysia (k la bahagian selatan je)

cuti skolah kali ni... berjaya membawa mak pergi survey barang perkahwinan kat NILAI 3, and AYER HITAM, aku punya la suka....mak aku dah open nak share pasal kahwin2 ni dengan aku... rupanya rahsia untuk melembutkan hati mak ialah bawak gi shopping.. haha i am my own moms daughter la...bab shopping semua lembut ati, nak pujuk bawak je gi shopping... haha..anywayyy.....

gi tengok

bakul/dulang
bunga telur
cenderahati
alas dulang
cadar

findings of the survey:

bakul di nilai 3 sangatla MURAAAHH.... less than rm 10 for many2 shapes and sizes, siap ada 20% disc lagi...so sape nak kawin waktu terdekat ni gi le serbu...

bakul ni harga rm 9.90! tambah 20 % disc! aku suka sebab ada kaki...

dulang ni lawa and quite unique however RM20 .....

bunga telur di AYER HITAM lebih murah dari nilai 3, sangat murah sampai ku rasa brides from Slangor and KL pun berbaloi turun sini (3 hours drive je..eleh...bila lagi..)

contohnya... bunga yang agak cheapo style..lau nak bagi kat 1000 org cthnya... 100 pieces only rm20! kat NILAI 3 cheapest yang aku jupa each rm1...mak aku da suruh beli simpan...hehe...

mak..kita duk stengah jam je dari ayer hitam...rilek mak rilek....

suka ati ko..kalau abih mak tak tau ...

takde nyer abih la mak...

bunga telur paling mahal... teddy bear! comel..bukan plastik tau..teddy bear yang fluffy tu ala teddy tales...lupa nak amik gamba sebab da semput bejalan...only rm3!DAN! tokey bagi 2.50 lau jadi amik...along aku gila nak..pastu ..

kita beli ni jangan bagi orang la... takpun bagi kat sebelah sana suh pulang balik..takpun suh sana beli bagi kat kita...

adeke ko ni long...ngarutt je.. (walaupun macam bagus gak idea tu..isyh..jahat...)

tapi pilihan hatiku dan tak sangka mak aku pun bekenan! black & white... ada tiga jenis... bleh pilih ikut harga...paling mahal untuk pahar letak tepi pelamin 2.50 paling murah 1.00 tupun lum kautim lagi...

ni harga dia singgit....

ni harga dia rm 2.00 aku suka yang nih...

tokey tu macam besungguh nak bagi mura..aku je rilek sebab tak beli lagi...kan...tunggu la kang aku datang bawak lori beli suma sekaligus...siap ko tokey...aku nak diskaun gegila nih!

wedding souvenirs-

kat nilai 3 and ayer hitam lebih kurang sama... tapi aku rasa nilai cantik sikit...cuba tak banyak choice...ayer hitam lagi banyak... ada hanky RM0.80 siap reben and bunga and dalam plastic case only rm0.80,

sukanya tengok mak ku senyum...sebenarnya memang tepat la sangkaan aku mak tu risau takde sedara nak tolong buat kerja remeh2...so bila dah balik tu aku dapat duduk la dengan mak bukak cerita...tanya tentang berapa ramai mak nak jemput... nak bagi apa...nak wat kat mana... dan senang hati nya aku dapat jawab semua soalan mak aku...

beres mak..tinggal cakap je bila nak wat...
so lepas tu aku lak naik penat melayan mak aku duk excited cerita pasal telur pindang, wajik, makan, tempat tido sedara bla bla bla.... huh tahle...

aku suka tapi at the same time sedih gak..

wawawawa tak dapat jadik anak mak lagi pas ni!!!

anyway latest announcement:

jemputan 300-350 (kad) so makan kali 2 dalam 600 jek

cikgu skolah campur kakitangan campur kawan2 150, sedara arwah abah and sedara mak kat pahang lagi 150, orang sebelah cik abang...dalam 50 kata dia...

dalam beg souvenir mak nak bagi 4 benda

bunga telur + telur pindang - bunga telur beli yang murah rm20-25 per 100 pieces so beli untuk 600 = RM120-150. telur 0.50 per piece rm 300 overall rm 450

hanky rm 0.80-1.00 = rm600

wajik = ni aku tak tau..mak kata beli pulut, gula and tepung bagi kat makcik sepupu aku kat kampung suh buat..oh ye dengan plastik box suh dia isi siap2, lum campur upah

kerepek rm 0.50 sepeket = rm 300

beg hadiah? satu rm1.00 lau nak yang kertas, takpun mak aku kata bagi isi dalam plastik je..takyah ngegade.. ok laaa...aku pun nak bajet pe... plastik pun ada cap thank you gak skang bukan takde yang lawa kat ayer hitam tu...

so.... bab souvenir aku takkan melepasi RM2000, lau bleh RM1500 sahaja... fuh tu pun lau bleh nak kedekut lagi..tak snonoh tul...aku taknak ada pembaziran...yang penting orang puas hati dengan isi dalam beg tu..orang puas makan... tu je yang aku mintak... oohh ye..dan lagi...

1 kg candy lolipop yang cantik harga dalam 0.20 satu...lebih kuang sebab beli ikut timbang untuk bagi budak2 kecik, tu letak dalam bakul bagi2 je...

panjang giler entri ni...

penat ah... banyak lagi nak citer ni.. takpe see ya next entry bebeh

Thursday, January 15, 2009

Pertolongan untuk Belanja Kahwin; Bantuan untuk Bakal Pengantin

ha... ku jumpa benda ni dah lama.... tapi baru hari ni belajar macamana nak upload kat blog... huhu...sian rabun IT... merangkak-rangkak belajar.. anyway... ku jumpa kat mana da tak ingat... tapi its quite good! boleh customize untuk majlis sendiri k... simple je..tapi kekadang kita tak terpikir pun nak wat benda ni.. anyway... zaman da berubah...dunia dah maju... gunala ye..moga2 menyenangkan majlis anda nanti! ok.. before korang tertanya-tanya... ala... ni kan excel program... tolong kirakan budget kahwin.. ala... simple sangat... malu gak ku nak letak sini... tapi it kinda helped me.. so ku ingat... maybe bleh tolong korang jugak kan... ingat tau..korang bleh customize iaitu tambah tolak item dalam list tu.. suka ati korang la.. lau nak just go here k...

http://h1.ripway.com/kucingsayang/belanjakahwin.xls

Friday, January 02, 2009

belanja perkahwinan

Sudahkah anda menetapkan belanjawan untuk belanja perkahwinan anda? Jika belum mungkin senarai di bawah dapat membantu anda menghitung berapakah anggaran yang perlu disediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.

1. Wang hantaran (7,000)
2. Barang hantaran
3. Kad jemputan
4. Katering (10,000)
5. Kemah/kanopi
6. Pelamin
7. Baju pengantin
8. Mak andam
9. Jurugambar
10. Hiasan bilik pengantin
11. Bunga telur
12. Kompang
13. Sistem audio
14. DJ

Mungkin jika dicongak, anda akan membelanjakan belasan ribu ringgit atau mungkin melebih 20 ribu ringgit. Adakah anda telah bersedia untuk perbelanjaan sebanyak itu?

Bijak Menabung

Oleh Suraiya Mohd Nor

PEPATAH Melayu ada berkata: Sediakan payung sebelum hujan dan Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal. Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang. Dalam hidup serba moden terutamanya apabila tinggal di bandar besar, anda pasti berasa wang mengalir bagaikan air. Sekali pergi ke pasar basah saja, RM50 sudah tidak lagi mencukupi. Jika membeli-belah di pasaraya besar, dalam kocek sekurang-kurangnya mesti ada RM300 - RM400 sama ada untuk membeli keperluan bulanan ataupun lain-lain keperluan. Inipun adakalanya tidak mencukupi.

Lazimnya, ramai antara kita hanya akan menabung setelah ditolak semua perbelanjaan. Ada kalanya nilainya menjadi defisit kerana berbelanja lebih daripada pendapatan. Jika ini berlaku, bagi segelintir kad kredit menjadi penyelamat sedangkan ia bukan amalan sihat kerana ia akan menjerut anda dalam kemelut hutang yang tiada kesudahan.

Sebagai permulaan, bagaimanakah cara anda menabung? Adakah anda menggunakan formula berikut:

A. PENDAPATAN - PERBELANJAAN = TABUNGAN

B. PENDAPATAN - TABUNGAN = PERBELANJAAN atau

C. PENDAPATAN - TABUNGAN - PELABURAN = PERBELANJAAN

Kebanyakan kita menggunakan formula pertama iaitu akan berbelanja dulu dan bakinya baru disimpan. Cara pertama ini menunjukkan anda belum lagi dapat menguruskan kewangan anda dengan baik dan kemungkinan akan terjebak menggunakan kad kredit apabila keinginan berbelanja melebihi daripada keinginan menyimpan.

Bagi yang mula bekerja, memang akan ghairah berbelanja kerana mempunyai pendapatan sendiri. Namun setelah bertahun-tahun tetapi masih juga kering ataupun pokai setiap hujung bulan, anda mula akan tertanya-tanya ke mana perginya wang anda? Anda tidak nampak wang anda berkembang. Lama kelamaan akan timbul rasa kecewa, resah, diri berasa letih, penat bekerja tetapi tidak menunjukkan hasilnya. Hati anda juga akan berasa tidak tenteram kerana jika berlaku kecemasan anda tidak mempunyai sebarang tabungan.

Cara kedua pula hanya memastikan anda tidak menjadi miskin ataupun papa kedana. Wang yang anda simpan setiap bulan itu akan bertambah jumlahnya dan dapat membantu anda pada saat-saat kecemasan. Manakala cara ketiga memastikan anda menjadi kaya ataupun hidup mewah. Ini kerana sebahagian wang pendapatan anda bukan saja disimpan tetapi juga dilaburkan dalam beberapa instrumen pelaburan untuk sesuatu jangka masa tertentu bagi mendapat keuntungan.

Sebelum melaksanakan perancangan anda itu, tentukan dulu matlamat tabungan itu. Anda sekurang-kurangnya ada lapan jenis tabungan bergantung kepada keperluan. Contohnya tabungan untuk berumahtangga, deposit rumah atau kereta idaman, percutian, haji dan umrah, simpanan persaraan, kecemasan, insurans dan cukai jalan dan juga Aidilfitri.

Ada simpanan ini yang bersifat jangka masa pendek dan ada untuk kegunaan jangka masa sederhana dan panjang. Tabungan jangka masa pendek seperti simpanan untuk membayar insurans dan cukai jalan kenderaan, percutian,untuk menyambut Aidilfitri dan juga untuk berumahtangga. Simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti menyimpan untuk membeli rumah ataupun kereta idaman, juga haji dan umrah sementara tabungan jangka masa panjang meliputi simpanan untuk persaraan hari tua.

Bagi setiap tabungan ini anda perlu tentukan berapakah jumlahnya yang perlu dikumpul misalnya untuk membeli rumah idaman yang harganya RM300,000 deposit yang anda perlukan adalah RM30,000. Jumlah itulah yang perlu anda kumpul. Jika menyimpan untuk berumahtangga, dapatkan jumlah sebenarnya dan jumlah itulah yang akan menjadi matlamat tabungan anda.

Tabungan kecemasan pula perlu mempunyai dana atau wang terkumpul sekurang-kurangnya tiga bulan gaji kasar anda.

Setelah menentukan jumlah yang perlu dikumpul bagi setiap jenis tabungan itu berapakah yang perlu anda simpan setiap bulan? Jika mengikut prinsip buku The Richest Man in Babylon, hanya 10% daripada pendapatan diketepikan untuk disimpan dalam jangka masa panjang. Yang idealnya jika anda dapat menyimpan sekurang-kurangnya 30% hingga 40% daripada wang gaji kasar anda.

Sebagai permulaan, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mencatat semula perbelanjaan anda itu dalam sebuah buku khas setiap hari. Setiap hujung bulan anda kelaskan mengikut kategori seperti perbelanjaan untuk bayaran tetap (bayaran pinjaman rumah, kenderaan ataupun peribadi), telefon dan utiliti, makan luar, keperluan dapur, balik kampung ataupun perbelanjaan peribadi. Setelah melihat aliran tunai wang, anda boleh membuat penilaian sendiri yang mana harus dikurangkan bagi tujuan penjimatan.

Ada masanya kita berasa terpanggil untuk membeli-belah apatah lagi apabila adanya promosi ataupun musim jualan mega. Sebulan sekali membelai diri memang digalakkan tetapi berbelanja biarlah berpada-pada.

Prinsip paling penting, bayar diri anda dulu sebagai upah setelah penat bekerja seharian selama sebulan. Anda tentu lebih tenang apabila mempunyai banyak wang dalam tangan daripada terpaksa mengikat perut sementara menanti hujung bulan!

Artikel ini ditulis oleh Perunding Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor

Wednesday, December 31, 2008

Epi nu Year....

wah... 2009 akan tiba! huhu tua nya aku rasa.... well tahun baru azam baru..mmm bagiku azam lama.... kumpul duit.... ape lagi... my best fren da selamat bersalin...congrats... anak nama macam artis AF! huhu... aku ni tak kawin2 lagi... takpe ... macam aku and abangku cakap....enjoy the moment...nak kejar ape...tua da memang tua da...huhu.... takpe.... kita tengok camne dia akan realisasikan impian kami... by the way... naik keja ada kejutan... hint... *gambar jari* huhu... mm... best2.... bukan ape... kabel cam aku simpan kat opis... malas nak gi amik.. nanti ku upload and look at the glitter people! huhu... tanda per-kawanan kata kawan aku... jadila dari takde pe kan...

Sunday, November 23, 2008

perkara yang dibuat dalam senyap

1. dah beli cadar! on sale.... manik2 gitu... dalam 200 jek...
2. dah stake out tempat nak buat majlis resepsi! jengjengjgeng...dewan skola ku! muahaha
3. dah pilih warna... putih! ku nak jadi western bride... virginal white is always rite!
4. bejaya cari tempat kad kawin lawa and paling murah! kurang seringgit! kadkahwinku.com
5. bertekad untuk pergi kursus kawin bulan 1! sebab bulan 12 keja banyak sangat tak tekejar
6. berjaya bincang bajet dengan cik abangku..terima kasih sayang.....
7. paling penting! BERTEKAD tidak akan susahkan mak aku! semua siap! jawapan yang akan diberi ialah beres mak..

Wednesday, August 27, 2008

Got good news for my wedding favors!

bestnye bestnye..... semalam while i was at work, terjumpa la seorang dealer for stationaries for my workplace... berbual punya bual, he asks about my upcoming event... i pun gatal2 laa tanya tentang paper bags ...personalised ones. wah...rupanya dia boleh bagi harga murah! beg kertas medium sized dengan satu favor dalamnya...boleh buat ikut budget, nak seringgit?2 ringgit? 3 ringgit per bag with favors? isyh bestnya ada kawan2...

and more good news about hantaran, seorang rakanku juga telah menyarankan ada sorang kakak tu buat gubahan hantaran cuma 5 ringgit per dulang and makan beradab 5 ringgit per dish...isyh...i love my friends..untuk diri yang tak ramai sedara mara...rakan2ku banyak menolongku untuk plan my wedding dengan budget... matlamat terakhir... cari cupcake di daerahku...cupcake yang comel2.... bila tu ku dapat siap lah initial preparation untuk wedding ku....yang lain2 terpaksa tunggu duit! haha

Thursday, August 21, 2008

Planning Your Wedding Budget

Author: James Calvin


Money is the number one thing that married couples fight about. But do you realize that the tension surrounding money begins long before the happy couple say 'I do?' Wedding costs can rapidly escalate out of control which is why it's so important to begin the planning by devising a realistic budget. And once you've got the numbers crunched, it's equally important that you both stick to the budget.



And while a wedding budget doesn't sound all that glamorous, it doesn't have to be a bad thing. In fact, planning your wedding without a budget is almost guaranteed to land you into serious financial debt. What's the key to success? As it will be throughout your marriage, open, honest, two-way communication is an absolute must.



Newly-engaged couples must talk about how each envisions his and her special day. Women work on the assumption that guys don't care about the details but that's not always true. It is, after all, the man's big day, too and he has a family to please as well.



Once the excitement of the engagement wears off, go somewhere quiet and talk about what's important to each of you in regards to your wedding day. Listening to your partner's opinion is as important as talking so be sure to do both. Then, make a list of what you both want (to arrive in a horse-drawn carriage, lobster, renaissance theme, color scheme, etc.) and what are absolute necessities (for example a photographer, caterer, rings, etc.). You're going to use this information when it's time to allocate your budget.



Once you both have an idea of what's important, it's time to crunch the numbers. You've got to determine how much money is available now (for example, in savings accounts, stocks/bonds, real estate, trust funds), how much you'll have to commit to saving from your regular income streams, and how much you can realistically expect others to kick in. Depending on how far out the actual wedding date is you may want to consider opening a higher-interest bearing account for the money so that it can earn interest.



When considering what others may be able to put towards the cause it's really important that you don't make unrealistic demands. Take whatever others are willing to contribute graciously and try not to belabor the issue. Getting angry or disappointed in the amounts you are being given isn't a very mature way of handling the situation.



When you know where the money's coming from and how much is coming, you'll know how much you'll be able to spend. Now make another list of all wedding-related expenses and allocate a dollar amount or the percentage you're willing to spend next to each item. This will help when you're actually contracting for these services. Remember that if you exceed your budgeted amount in one category, you'll have to scale back another so your budget will stay balanced. Because budgeting is so very important for most couples, you'll find that wedding budget worksheets, software and other tools are available everywhere, so go find one and start using it right now!




Article Source: http://www.articlesbase.com/marriage-articles/planning-your-wedding-budget-13038.html



About the Author:

Finally! James Calvin has released A Simple, Step-By-Step Guide To Throwing The Most Unforgettable, Wedding - And How You Can Literally Save Thousands In The Making Of YOUR Wedding! Go to http://www.WeddingSavings4U.com NOW.

Blog Widget by LinkWithin