CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Random Musings

Powered by Stuff-a-Blog
Showing posts with label persandingan. Show all posts
Showing posts with label persandingan. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

persiapan majlis perkahwinan- update

Banyak jugak dah aku buat rupanya....

'Di, aku bangga la...semua ko urus... aku dulu kenduri mak aku urus aku bab pengantin jer... syabas!'

dah...aku dah takda mak...

dah dah...jangan sedih....

ehm..ok..aku pun bangga gak dengan diri sendiri..tapi ni semua berkat rajin follow kawan2 kawin, buat muka tebal, tak malu tanya orang, tak malu mintak tolong orang if aku ada prob...yang penting...always feel confident and be happy..elakkan stress sebab lau aku stress sape nak buat semua nih??

lagipun..TAK ADA SATU PUN yang aku buat sendiri, semuanya tempah...dan aku berbangga, tak malu langsung mengaku...ye aku tempah.... dari hantaran ke bunga telur ke favors suma tempah...eh dulik la..aku memang jenis tak nak pikir tapi nak puas ati and DULIK la orang kata pe, n untungya pekan ayer itam cuma 40 minit je so memang aku berkampung la kat situ...

kawan aku kata persiapan aku tinggal 15% je...ALHAMDULILAH...tak sangka gak....

ok UPDATE


1.borang dah ready--tinggal en.tunang punya Insya Allah by cuti puasa aku gi temubual
2. Dewan sekolah dah anta surat rasmi- Pengetua telebih excited nak jadik bapak pengantin-oh ye-F.O.C!
3. Dah pegi beli bunga telur tetamu, beg favors, beg tea favors, bunga telur pelamin, bunga telur hantaran, alas dulang, beg plastik sweets- bajet satu kepala singgit...tu dah campur harga semua tau...huh...bangga bejaya bajet


bunga telur tetamu semua dapat-along blanja
5 kotak rm100...suka aku...


favors bag-akan disi dengan small cake, bunga telur, telur
pindang, tea favor, sweets
bunga telur pelamin



bag for the tea favors

alas dulang

hantaran dah letak deposit, next week anta barang, puasa amik- choc&gold-13 dulang-rm350-ceit mura lagi dari aku tunang aritu--takpe2...ari tu nak cepat...kedai tu rupanya buat NANA deejay radio tu punya hantaran! alaaaa yang bagi gitar rm10,000 tuuu.... kalau berminat kedainya di Airtam area dekat Marrybrown namanya SONG SAY CHEW NO 11 JALAN PUTRA TAMAN MEDAN PUTRA AYER HITAM, sebelum ni aku memang suka kedai dia...tak tau laa plak NANA pun wat kat situ....ehh meleret plak..jap jap
4. kad jemputan dah bincang tinggal nak tengok cetakan pertama
5. small cakes untuk tetamu along da tempah kat kawan dia
6. telur pindang pun tempah-60 sen sebijik
7. MAK ANDAM dah letak deposit...aku jatuh cinta kat budak ni..muda lagi...tapi mewarisi perniagaan dari mak dia...aku yakin la aku jadik lawa punye huhu nama kedai BUTIK PENGANTIN KAK SOM ANDAM- YEEEE AKU TAU NAMA TAK GLAMER..DAH NAMA MAK DIA...budaknya namanya FID- -017-7883404,TAMAN UNVERSITI PARIT RAJA
pakej yang aku nak amik tu..ntah maybe ada kata mahal kot..wat do u think?

pelamin + make up sekali + baju sepasang = 850

plus caj dewan 200+ pelamin vogue ada beads krystal and lampu2 + 200

soo kautim 1100,

tapi make up aku dah tengok lawa...pelamin tu pun canggih la..and yang paling penting dia sangat accomodating...aku ni berpengalaman mengikut kawan2 cari mak andam so aku tau mak andam banyak karenah...ada yang kalah artis demandnya...so bila aku jumpa mamat ni (ye mamat-AKU PERSONALLY rasa sentuhan artistik dan pandangan seorang lelaki akan lebih buat kita lawa) aku suka cara dia layan kita, dengar impian kita, dan paham apa kita nak...pelamin yang aku nak tu

black n silver n coklat! isyh macam tau isi hati dan tema aku...tapi aku jatuh cinta kat beads krystal and lampu chandelier tu..alaa tambah 200 baik go for it..kan...

melalut cite mak andam jap... b4 dat aku ditemani kak ima, gi mak andam sorang ni kat parit raja...dahla takberapa layan...make up pun...biasaaa je...aku pun pandai mekap macam tu...caj dewan 500!!!! aku tengokla contoh gambar dewan yang dia wat...ek eleh...pakai ruang tengah je tepi2 kosong caj 500...bodo...si FID tu assure aku lau kat dewan dia akan pastikan pakai ruang sepenuhnya

'ala kak...saya bawak kain lebih..tarik dari ujung sampai ujung...baru cantik..'
haa tu laa maksud aku...mak andam yang cintakan profesionnya...
dah..dah...

8. photog...cikgu skolah aku yang side bisnessnya photog pengantin...tima kasih en.rani...kite letak tepon kat sini ye...019-7706414

9. baju yang aku tempah dah potong lum jahit- dah set tarikh amik 25/9

umm...wat else? i think thats it...

sekian tima kasih...

p.s: tengok countdown...APEEE!!!! 1 months 2 weeks left!!!!!

Monday, February 02, 2009

KAsut atas Dulang..yeah...

cuti raya cina gi kuantan! east coast mall... ehehehe..sonot... pastu jumpa la NOSE.. confession.. ku sebenarnya... jarang masuk Nose walau slalu belek kasut... satu... slalu nya kat nose..kasut tirus2, halus2 and ku yang berkaki jantan ni jangan harap la nak look good in them..dua.. kat kl and tempat2 lain memang jangan haraplaaaa nak dapat saiz ku... tetiba... aritu tanpa begitu berniat..ada la sikit niat... terjumpa la... KASUT KU SUKA!! huhu... terus abangku suggest..

trus beli la yang... letak atas dulang...

ku pun tersipu siput...eheh... betul ni?

yelaa.... abang pun nak cari skali ni...

nyeyeheehe... apa lagi... amik ar... ku suka sebab dia ada bling2 sket...

tapi kasut abang aku la... haiya.. ku suka style..tapi color..em... dah dia nak..

takpe yang... atas hantaran biar lawa sikit...
betul jugala...alaa..suka ati dia laa... yang penting bagi ku sesuai dengan tema... black for me watever for him..hehe... so ni duit bulan ni... duit bulan depan? beg plak...

anyway... ujung bulan ni ada metrojaya warehouse sale friday 5 to saturday 6 kat Persada JB
perfume 70%!! wuhu... so ... maybeee.... tengok dulu..jangan tamak....eheh

PS:berkenaan WINTER WEDDING..tengok gambar penuh kat sini kay..lau ku tiru dia mara tak...... Majlis Persandingan Andy & Azura di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda.

Sunday, January 18, 2009

Winter wedding of my dream

Ku dah jumpa my dream wedding! ha sila beli majalah pengantin baru bulan ni punye...... ku malas nak tunjuk kat sini,... gi beli sendiri... lagipun its the essential reading of all malaysian brides kan? mesti dah beli pun kan kan... kat bahagian belakang...bab wedding comment ada satu wedding tu.. buat winter wedding..haaaaa tu laa yang ku nak... huh senang skit nak cerita kat mak andam da ada contoh... isk..suker nye tengok...macam berangan nyer... tak kira... nak jugak nak jugak.... erm... minggu ni ku kena buat bajet kahwin... so serious bunyik nyer... takut pun ade gak.. eheh... bila dah siap nanti ku share keh.. tapi jangan teperanjat... kecik giler and simple gile... pengantin berbajet la katekan...huhu.... takpe... asal impian nak live together forever dengan abangku tercapai... hikhik... luv u!

Thursday, January 15, 2009

Pertolongan untuk Belanja Kahwin; Bantuan untuk Bakal Pengantin

ha... ku jumpa benda ni dah lama.... tapi baru hari ni belajar macamana nak upload kat blog... huhu...sian rabun IT... merangkak-rangkak belajar.. anyway... ku jumpa kat mana da tak ingat... tapi its quite good! boleh customize untuk majlis sendiri k... simple je..tapi kekadang kita tak terpikir pun nak wat benda ni.. anyway... zaman da berubah...dunia dah maju... gunala ye..moga2 menyenangkan majlis anda nanti! ok.. before korang tertanya-tanya... ala... ni kan excel program... tolong kirakan budget kahwin.. ala... simple sangat... malu gak ku nak letak sini... tapi it kinda helped me.. so ku ingat... maybe bleh tolong korang jugak kan... ingat tau..korang bleh customize iaitu tambah tolak item dalam list tu.. suka ati korang la.. lau nak just go here k...

http://h1.ripway.com/kucingsayang/belanjakahwin.xls

Buat sendiri kotak cenderahati kahwin

if you allz very creative and banyak masa lapang... bolehla jimat duit and buat sendiri wedding favors... ku teringin gak nak buat sendiri...tapi... argh... know about people having two left feet and cannot dance? well i have 2 left thumbs...or all thumbs! gunting kertas pun senget2 nak wat sendiri? huhu.... solution utk diriku? carik duit bebanyak ...memang suma ku tempah jela... ni pun tengah tengok favors murah2 kat online ni banyak... tapi ... kot2 teringin nak wat sendiri... erm.. ikut je la arahan tu..

Sunday, January 04, 2009

Perbincangan pemilihan barangan hantaran phase 1

okey..tadi gayut punya gayut campur bincang dulu2... consensus pertama ialah

tema: aku putih hitam dia: cokelat dan sewaktu dengannya. cokelat gelap ke terang ke bantai..

barang aku nak:

1. perfume- DKNY- be delicious night (sebab warna itam)
2. kasut
3.handbag
4. kain buat baju and tudung and brooch

barang dia nak

1. perfume-DKNY-be delicious men (sebab warna coklat)
2. kasut
3. belt & wallet set
4. baju t shirt sebab dia tak pakai kemeja and tie

ku tak letak brand for the bags and shoes bcoz ku tak reti laaa... tengok la yang sale and berkenan karang... budget bukan besar.. perfume 2 dah makan 5 ratuih... mak aih... mm.. lain2 nanti tambahan je la... kek ke sirih ke hape ke... dia 7 aku 9 kot... tu lau takde sedara mara gatal nak tambah hantaran la... takyah bebanyak, takdek orang nak tolong angkat...

Friday, January 02, 2009

belanja perkahwinan

Sudahkah anda menetapkan belanjawan untuk belanja perkahwinan anda? Jika belum mungkin senarai di bawah dapat membantu anda menghitung berapakah anggaran yang perlu disediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.

1. Wang hantaran (7,000)
2. Barang hantaran
3. Kad jemputan
4. Katering (10,000)
5. Kemah/kanopi
6. Pelamin
7. Baju pengantin
8. Mak andam
9. Jurugambar
10. Hiasan bilik pengantin
11. Bunga telur
12. Kompang
13. Sistem audio
14. DJ

Mungkin jika dicongak, anda akan membelanjakan belasan ribu ringgit atau mungkin melebih 20 ribu ringgit. Adakah anda telah bersedia untuk perbelanjaan sebanyak itu?

Bijak Menabung

Oleh Suraiya Mohd Nor

PEPATAH Melayu ada berkata: Sediakan payung sebelum hujan dan Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal. Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang. Dalam hidup serba moden terutamanya apabila tinggal di bandar besar, anda pasti berasa wang mengalir bagaikan air. Sekali pergi ke pasar basah saja, RM50 sudah tidak lagi mencukupi. Jika membeli-belah di pasaraya besar, dalam kocek sekurang-kurangnya mesti ada RM300 - RM400 sama ada untuk membeli keperluan bulanan ataupun lain-lain keperluan. Inipun adakalanya tidak mencukupi.

Lazimnya, ramai antara kita hanya akan menabung setelah ditolak semua perbelanjaan. Ada kalanya nilainya menjadi defisit kerana berbelanja lebih daripada pendapatan. Jika ini berlaku, bagi segelintir kad kredit menjadi penyelamat sedangkan ia bukan amalan sihat kerana ia akan menjerut anda dalam kemelut hutang yang tiada kesudahan.

Sebagai permulaan, bagaimanakah cara anda menabung? Adakah anda menggunakan formula berikut:

A. PENDAPATAN - PERBELANJAAN = TABUNGAN

B. PENDAPATAN - TABUNGAN = PERBELANJAAN atau

C. PENDAPATAN - TABUNGAN - PELABURAN = PERBELANJAAN

Kebanyakan kita menggunakan formula pertama iaitu akan berbelanja dulu dan bakinya baru disimpan. Cara pertama ini menunjukkan anda belum lagi dapat menguruskan kewangan anda dengan baik dan kemungkinan akan terjebak menggunakan kad kredit apabila keinginan berbelanja melebihi daripada keinginan menyimpan.

Bagi yang mula bekerja, memang akan ghairah berbelanja kerana mempunyai pendapatan sendiri. Namun setelah bertahun-tahun tetapi masih juga kering ataupun pokai setiap hujung bulan, anda mula akan tertanya-tanya ke mana perginya wang anda? Anda tidak nampak wang anda berkembang. Lama kelamaan akan timbul rasa kecewa, resah, diri berasa letih, penat bekerja tetapi tidak menunjukkan hasilnya. Hati anda juga akan berasa tidak tenteram kerana jika berlaku kecemasan anda tidak mempunyai sebarang tabungan.

Cara kedua pula hanya memastikan anda tidak menjadi miskin ataupun papa kedana. Wang yang anda simpan setiap bulan itu akan bertambah jumlahnya dan dapat membantu anda pada saat-saat kecemasan. Manakala cara ketiga memastikan anda menjadi kaya ataupun hidup mewah. Ini kerana sebahagian wang pendapatan anda bukan saja disimpan tetapi juga dilaburkan dalam beberapa instrumen pelaburan untuk sesuatu jangka masa tertentu bagi mendapat keuntungan.

Sebelum melaksanakan perancangan anda itu, tentukan dulu matlamat tabungan itu. Anda sekurang-kurangnya ada lapan jenis tabungan bergantung kepada keperluan. Contohnya tabungan untuk berumahtangga, deposit rumah atau kereta idaman, percutian, haji dan umrah, simpanan persaraan, kecemasan, insurans dan cukai jalan dan juga Aidilfitri.

Ada simpanan ini yang bersifat jangka masa pendek dan ada untuk kegunaan jangka masa sederhana dan panjang. Tabungan jangka masa pendek seperti simpanan untuk membayar insurans dan cukai jalan kenderaan, percutian,untuk menyambut Aidilfitri dan juga untuk berumahtangga. Simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti menyimpan untuk membeli rumah ataupun kereta idaman, juga haji dan umrah sementara tabungan jangka masa panjang meliputi simpanan untuk persaraan hari tua.

Bagi setiap tabungan ini anda perlu tentukan berapakah jumlahnya yang perlu dikumpul misalnya untuk membeli rumah idaman yang harganya RM300,000 deposit yang anda perlukan adalah RM30,000. Jumlah itulah yang perlu anda kumpul. Jika menyimpan untuk berumahtangga, dapatkan jumlah sebenarnya dan jumlah itulah yang akan menjadi matlamat tabungan anda.

Tabungan kecemasan pula perlu mempunyai dana atau wang terkumpul sekurang-kurangnya tiga bulan gaji kasar anda.

Setelah menentukan jumlah yang perlu dikumpul bagi setiap jenis tabungan itu berapakah yang perlu anda simpan setiap bulan? Jika mengikut prinsip buku The Richest Man in Babylon, hanya 10% daripada pendapatan diketepikan untuk disimpan dalam jangka masa panjang. Yang idealnya jika anda dapat menyimpan sekurang-kurangnya 30% hingga 40% daripada wang gaji kasar anda.

Sebagai permulaan, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mencatat semula perbelanjaan anda itu dalam sebuah buku khas setiap hari. Setiap hujung bulan anda kelaskan mengikut kategori seperti perbelanjaan untuk bayaran tetap (bayaran pinjaman rumah, kenderaan ataupun peribadi), telefon dan utiliti, makan luar, keperluan dapur, balik kampung ataupun perbelanjaan peribadi. Setelah melihat aliran tunai wang, anda boleh membuat penilaian sendiri yang mana harus dikurangkan bagi tujuan penjimatan.

Ada masanya kita berasa terpanggil untuk membeli-belah apatah lagi apabila adanya promosi ataupun musim jualan mega. Sebulan sekali membelai diri memang digalakkan tetapi berbelanja biarlah berpada-pada.

Prinsip paling penting, bayar diri anda dulu sebagai upah setelah penat bekerja seharian selama sebulan. Anda tentu lebih tenang apabila mempunyai banyak wang dalam tangan daripada terpaksa mengikat perut sementara menanti hujung bulan!

Artikel ini ditulis oleh Perunding Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor

Pencarian KAd Kahwin

Ku pening betul tengok kad kahwin... suka sangat sebenarnya... so many varieties! Tapi tu la macam dulu ku ada bagitau... apa2 pun tengok budget dulu... jangan ingat eh eh... murahla... rm++ je... ko cuba darabkan dengan berapa ramai ko punya jemputan? haa... baikla duit tu ko simpan nak bayar hutang lepas kawin... eip...jangan ingat takde hutang... mesti ada punya..haha... tapi kan... orang cakap..ko jangan kedekutla...kawin sekali je... k la... ku pun ada perasaan nak something memorable... tapi kena la tahan nafsu... jangan go overboard... kad exclusive is about 4.50 per piece! ko darab 1000?? ha cepat darab...tercekik gak kan... however...if u allz mampu go ahead... sapa nak marah...karang cakap aku marah plak... aku da kata tengok budget korang laaa... kalau dapat kad lawa macam tu aku simpan... ye ke aku simpan... tak jugak... last2 campak bawah meja atau bawah katil jugak..huhu... tapi untuk very2 budjet kind of girl, likez moi... ku nak simple , muraaaah.... but memorable.. OH MAYA KARIN..U R MY IDOL ... untuk kad kahwin dia la...




tapi apa2 pun di sini ku menyediakan beberapa site yang ku suka tengok tentang kad kahwin diorang...memacam rupa and harga... ku recommend kadkahwinku... bcoz banyak yang harga budget tapi tetap one of a kind... k dah...next step... mari kita ramai2 fikir... apa fungsi sebenar kad kahwin? lepas dapat jawapan baru la boleh start shopping for them kay?

Thursday, January 01, 2009

advice from a Tarot card

mm... for the new year tarot.com
bagi ku free reading, hehe saje je...bukan pecaya tau... kekadang advice dia tu masuk akal gak... so my question is of course pasal kawen laaa ape lagi... i kinda like the advice ... bukan saja about my wedding preparations it can be applied tapi for all of our projects...

Advice: Ace of Swords

© Tarot.com

POSITIONAL (MAIN) MEANING
Stay focused and resolute, for you are about to reach your objective.

The card in the Advice position suggests a course of action which will harmonize what you want with what is currently possible.

The Ace of Swords in this position advises you to be steady -- you are about to reach your objective. There may be no need to hesitate. Just concentrate on making your impact. This could be your moment. The arrow is pointed straight at the target. Your eye is keen, your grip is firm. Let that arrow fly! If you set aside distractions and hit your mark, you will be rewarded with insight and clarity.

Remember that this is not the time to hold back, worrying about the consequences. When you access this level of truth, you are very likely to cut through all illusion and nonsense.


so everyone... STAY FOCUSED AND RESOLUTE! Now... bila nak pilih tarikh ni... pening ku tengok takwim tadi... bulan 5 dah tak boleh...(kecewa jap tapi takpe FOCUSED!) bulan 8 cuti skola dah puasa! bulan 10 orang lain cuti ku keja! arghh... mm agak2 my mum nak tak buat hari bukan cuti sekolah...

Monday, December 29, 2008

Persandingan Mawi & Ekin

laa.... ku ingat nak la curik idea masa diorang berdua kawin ... emm.... tak minat la... sory ye kepada die hard fans... aku tak bekenan la kaler baju kawin diowang tu.. masa resepsi ekin pun ku tak minat... mm... macam old fashion... ihihi.... maybe diowang nak mengekalkan tradisi... tapi takdela tradisi sangat kan?

kad kawin diowang ari tu pun biasa je... ku tengok dalam newspaper la..bukan ku dapat...huhu...mm ape lagi ku tak minat... haa songket mawi masa nikah... hantaran masa nikah.. macam telebih bunga... tapi ada satu ku minat... baju nikah Ekin! ha... tu ku suka... jadila ngutuk kawin owg.. sape suh jadi celebrity..huhu....

tapi lau nak baca lagi baca la kat blog ni ku jumpa tadi.... klik!

Monday, November 24, 2008

bulan mengumpul kad kawen

oh cuti sekolah yang sungguh mempokaikan,...
kenduri kiri kanan.... anyway...minggu ni coursemate ku Suzie kawen... mmm.... semua orang dalam rumahsewa ku dulu dah kawen nampaknya.... eh jap tinggal Julie jek... and aku... huh..kenangan terimbas semula... tengah pikir2 nak beli ape kat kawan aku sorang ni ha.. gaji belum... anyway... good news! mak dah suruh kumpul kad jemputan yang dapat bulan ni...banyak tu..

senang nanti nak balas balik...

ceewaa.... lembut ati sikit nampak... tapi oklah.... dia dah sebut2 nak jemput berapa orang... kira2 bajet... so... lets go with the flow.... layan...angin tengah baik... karang taufan melanda...terus tak jadik kawen..gigit jari cik abang aku ha....

Sunday, August 10, 2008

maya karin's wedding invitation


today dalam mingguan malaysia, berita tentang maya karin's wedding... or eco wedding of the year.. she got married at tasik como italy (peh, artis je la kan bleh buat menda2 gitu) tapi what i want to mention here is her wedding invitation card! i fell in love with it! simple, buat sendiri, takda gambar takda hape. .. ikut cakap bakal adik ipar... kad kahwin kedekut! tapi hey..... now we can call it.... wedding invitation a la Maya Karin...a.k.a eco-friendly wedding card! and she will be having her reception at a forest no less! with guests wearing t shirts! how cool is that....hmmm....for me? dream on je la.... nak my mom mengaruk buat kenduri kawin ngarut2 ngarut camtu? (ayat my mom ye bukan ayat ku) i definitely going to go eco-friendly on my wedding! at least the wedding invitation.... nak jimat budget kan? let's go for cheap and saving the earth at the same time! win-win for everyone....

Blog Widget by LinkWithin