CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My Random Musings

Powered by Stuff-a-Blog
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Kursus Pra- Perkahwinan and Doa Sebelum bersama




i managed to finish two days of this course...thank God...so got my cert... and by next week i can go to the pejabat agama to buy my form...and bermulah kisah seterusnya...

this entry is part info part observation of mine for the last two days of the course...

Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan Pejabat Agama Daerah Batu Pahat (i have no idea why diorang yang dipanggil Badan Kebajikan yang anjurkan) berjalan selama 2 hari Sabtu hingga Ahad bertempat di Dewan Seminar Pejabat Agama Daerah...
ye ku pergi sorang2....cik abang dah pergi and boran gpun dah siap...haih...semangat tul nak kawin...hehe

Dengan bayaran RM120, 2 passport sized pics, 1 IC copy, i got in...dapat 1 beg free dengan 1 copy modul..
got to know this chatty girl sitting beside me..so tak sunyi la...and oh! got a RM50 voucher of a kad kahwin company...biasalaa melayu...sempat je wat bisness...tengok2 jap katalog dia...not bad....

itu ini....kiri kanan...terdengar satu suara bising...this girl wearing a jubah...

kenapa mahal sangat? my sis only rm80 kat key el tau...
bla bla bla dia membebel...pegawai tu wat dek je...

heh tahapetah sesetengah manusia nih...tak nak bayar jangan kawin la...dah memang gitu...macamla kena gi kursus ni setahun sekali...sekali seumur idup daaa....

dengan RM120 you get = 3 x makan bfast, lunch , tea for 2 days
and most important your SIJIL! takdak sijil takde la boleh nak amik borang...apedaaa manusia berkira sangat ni pelik...aku rasa tudung dia lagi mahal dari bayaran kursus nih...

day 1

ada test siot!! huhu...tak tau laa i think this is only for johor module...analisa pengetahuan am namanya...

after that..stop for bfast...

masa ni ku suka nih...bukan pasal makan...pasal observe orang...

i am definitely NOT a snob...tapi kan kan kan...

macam2 laaa jenis orang yang pergi kursus ni...profesional non profesional...budak sekolah umor 16..yes....16...yang skolah tinggi yang tak...emm...nampak sangat... pastu pagi tu..ustaz dah tegur...jangan nampak la awak tu berpasangan..ehhh...takkk.....degil....tepuk tampar depan2 uztaz...haiya...tak ikut arahan..dah tau...kelas kat pejabat agama...datang pakai tshirt, jeans, tak bersongkok...berantai leher...dah kena halau (dengan penuh sopan oleh uztaz) balik dulu tukar baju....yang perempuan..pakai baju kurung tapi see tru...hai...budak2 tak abih skolah...payah...

anyway....

slot awal2 agak ngantuk... perbelanjaan and pendapatan keluarga...tapi i have this sneaking suspicion yang uztaz tu macam nak jual insurans...asik asik citer insurans pastu suh jawab survey tentang insurans...tak banyak info dapat bab tu..

pastu slot 2 boring gak...tak yah komen...

slot 3 - prosedur perkahwinan..uztaz yang boring tapi terpaksa dengar sebab nak tau berapa banyak borang kena isi b4 kahwin...dengar pasal borang HIV telan air liur..tapi takpe2....
pastu lunch...and zohor kat masjid sebelah...

haaa slot petang is tajuknya stress dan kaunseling keluarga dan pembubaran perkahwinan

best....ustazah fazidah...
dia punya citer langsung tak ikut slide tapi i think dia laa yang bagi banyak info ...

yang paling klakar...ada sorang mamat ni...sampai kena tegur dengan uztazah

hai..bang...muka dah pucat semacam...dah takut ke dengar cerita2 saya?

memang muka abang tu makin lama makin pucat bila dengar uztazah cerita pasal kewangan and masalah2 yang akan dihadapi oleh setiap pasangan...everytime uztazah cakap...macamana? ada nak cancel? muka dia ilang darah...serius mamat tu ada prob...heheh...

pastu balik...

Hari kedua

slot kesihatan..dr haryati yang sungguh2 ajar basuh tangan and tutup mulut masa bersin...belajar pasal H1n1 and HIV and Sifilis and gonorea and tallasimea and mengandung luar rahim...iyerrrkh...menakutkan tapi informative...also pasal perancangan keluarga.... 2 to 5 years for every baby....elakkan risiko tumpah darah...emm SETUJU DR!

slot ibadah macam tak cukup masa...sebab uztaz best....sedapnya dia azan tadi...haih...insaf jap... cerita sikit2 je dapat...tapi dapat lah ilmu betulkan bacaan Al-fatihah... patut dia lama lagi tapi nak wat camner...

banding dengan slot akidah...boring...uztaz nyer bukan tajuknye...macam lama jek...dah la nak dekat lunch time...

after that...prosedur mahkamah..haaa ni best..sebab belajar pasal tuntutan gantirugi pertunangan a.k.a saman malu...and also prosedur2 talak and semua la berkenaan mahkamah...ni pun tak cukup masa...patut lebih sejam..sebab rasa ilmu ni important sangat untuk tau hak2 seorang wanita dalam perkahwinan

tutup dengan hubungan keluarga...apelagi...tajuk yang paling disukai oleh mamat2 ari ni...hubungan kelamin...alah...bukan apa sangat...summary nye apa2pun mesti bersama2...jangan syok sendiri...heheh...ringkas tapi tepat penjelasan uztaz...tapi terima kasih kepada uztaz beri keratan doa sebelum bersama

kita kongsi kat sini sebab uztaz suh kongsi

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALLAAHUMMA JANNIBNASYAITAANA WAJANNABISYAITAANA MA RAZAQTANA

dia kata...kalau tak hafal....besarkan sebesar poster...pastu frame letak kat bilik...

'bukan saya nak kata..tapi kadang2 bila saya tengok mat2 rempit tu saya terfikir agaknya makbapak mereka tu tak baca doa sebelum bersama'

eheh...betul gak kata uztaz tu kot...

lepas tu ada sesi menanda test! ku dapat 14/20 jek..huhu...bab2 istilah talak tu tak lepas..tapi takpe..lepas kursus dah tau dah... b4 balik ada cabutan bertuah...tapi ku tak bertuahla...and then dapat laaa sijil...
keh...hope keterangan membantu bakal2 pengantin....

next story-mengisi borang kahwin...hiyarhhh...makin dekat....

Saturday, January 03, 2009

Koleksi Doa dan kata Hikmah untuk Kad kahwin

antara doa dan kata hikmah perkahwinan yang kusuka... bleh letak dalam kad kahwin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati
mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai"
(Doa nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH)

Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terima lah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milik mu...

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kami mohon limpah kurnia Mu,
berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki.
Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat"

Sabda Rasullah SAW
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka

Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri




Saturday, December 13, 2008

Bagi yang sedang bimbang oleh sang kekasih

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanl ah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

----------------- -------------------- ---
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
------------- -------------------- -------

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin

Blog Widget by LinkWithin